Sound Of Silence
Tips Jadikan Blog Menarik...

Tuesday, November 22, 2011 @ 11/22/2011 07:13:00 AM | 2 Comment [s]





Korang pernah tengok tak belog yang ade follower beribu-riban, komen beratus-ratus? mula-mula akan rasa kagum tengok blog dorang..perasaan kedua yang hadir di dalam lubuk ati terlampau ialah terhina dan kecil sangat.. mane tak nyer..bila korang membandingkan jumlah follower dan komen blogger tadi dengan korang punye..follower dorang 123456, follower korang naseb baik la dah mencecah 123.. tu pon sebab korang mengugut kat shoutbox "i follow u,u follow i tau..kalo tak i unfollow".. komen dorang tok satu entry dah cecah 200..tapi korang lagi hebat kot sebab 20000..tu pon sebab dah setting comment tu biar 0000  ada di belakang jumlah pengkomen..means kalo 20000 bermakna 2 orang je la...hah! betul tak? kan kan...

entry nie wujud sebab nak share info yang agak penting untuk kawan-kawan bloggers sekalian...Areen rasa bertanggungjawab pulak... jom kita selidik!!




1) Pemilihan template yang menarik




tolong amek berat pasal template  dan design blog kita yer....ni adalah faktor utama dan pertama nape orang suke ngan blog korang [ala..first impression gitu].. for all bloggers out there, pilih la warna tema yang sesuai..contohnye pompuan pilih pink kew...tak kan laki pown nak pilih pink... pilih ikot keserasian hati nurani korang la..asalkan x nampak serabut sangat..senang citer, sedap mata memandang la....


2) Widget yang cute dan menarik



widget untuk sesuatu blog penting jugak..ada setengah pendapat mengatakan bahawa kalau letak widget, loading blog akan jadi berat.. betul..tapi tak salah kan..? korang letak la widget yang cun, yang menarik dan yang mampu menggoda sesape saja yang melihatnya..dan otomatik dorang akan menganggap anda icon widget dan sentiase bukak belog anda sebab konon-konon anda adalah blogger yang sangat up-to-date..tapi berpada-pada la...jangan sampai setiap sudut blog nie penuh dengan widget..okay?


3) Penggunaan bahasa




Ladies and gentleman di luar sana..sila guna bahasa yang mudah di fahami, agar anda memahami dan pembaca pown terfahami.. hee.. jangan guna bahasa kesat or sumpah seranah or lucah..even time tu korang dalam keadaan yang tak boleh dikawal..TOLONG JAGA BAHASA ANDA..jangan terlalu banyak shortform.. jangan pulak guna bahasa selain melayu,indon dan omputeh sebab karang korang jangan marah kalo entry korang takde orang komen..tu salah korang sebab macam nak berlagak mentang-mentang dok Jerman terus nak guna bahase Jerman..ich liebe dich, danken.. ok fine,tu je perkataan Jerman yang Areen tau ..peace!


4) Gambar yang menarik




Hakikatnya gambar boleh menjadikan blog anda menarik seterusnya boleh menarik perhatian readers..Areen selalu berblogwalking petang-petang menggunakan kapcai je, so kadang-kadang bila tiba di sesebuah blog, saya dapat menghadapi dengan penuh penghayatan sebab enjin kapcai bukan leh layan sangat ngan kelajuan..dapat saya simpulkan bahawa mereka yang letak picture bebanyak memang akan mempunyai ramai follower..kenapa? sebab anda letak pic yang cantek dan melalui gambar, boleh menceritakan segala-galanya...betul kan?


5) Lagu Or Music

hah! nie agak bahaya dan sensitive sikit... cuba korang pikir, kalau ada readers blog korang yang online dalam library, bila bukak je blog korang, mak datuk...lagu bukan main kuat lagi..mau nyer tak terkejut mereka-mereka nie..otomatik mereka akan tutup blog anda..lebih-lebih lagi kalau korang letak lagu rock! cuba bayangkan.... tapi, yang nie cuma pandangan Areen jer..up to you all nak letak ke tak..okay?


okay...nie je la tips yang Areen ley kongsikan dengan kawan-kawan bloggers sekalian mengikut pemahaman dan pemerhatian... terpulang lah kepada korang nak follow ke tak..lastly..hidup ini perlu sentiasa chill! 




sehingga jari bertemu papan kekunci,

Photobucket

Labels:



Older Post | Newer Post
The Disclaimer

Assalamualaikum.. It's me.. Areen Adira..yeah! I am a girl, but it does not means I am a weak person..Don't jugdge a book by its cover.. Thanks Visit


Navigations!

Diary About


Let's Talk!


The Credits!

Template by : Farisyaa Awayy
Basecode by : Nurynn
Full Edited : Babylolica

Best View at GOOGLE CHROME!